Pages

Sunday 28 July 2013

TIPS KURUS SIHAT BERSAMA SHAKLEE

Menurunkan berat badan bukanlah boleh dijangka berlaku dengan drastik dan cepat (kalau nak kurus dengan sihat). Tahukah anda mengikut statistik, bahawa kebanyakan mereka yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10%, akan mendapati berat badan mereka bertambah 2/3 daripadanya selepas setahun, dan kembali mendapat berat badan asal (obes) seleas 5 tahun. Kenapa hal ini boleh terjadi? Antaranya kerana tidak konsisten dengan penjagaan kesihatan dan berat badan.
Menukar gaya hidup adalah satu keperluan sekiranya anda nak kurus dengan cepat dan berpanjangan.


Tips Kurus dengan Sihat Bersama Shaklee:


  • Jangan abaikan sarapan pagi. Sarapan pagi adalah permulaan penting untuk sepanjang hari.
  • Pilih makanan yang rendah lemak dan rendah kalori.
  • Kurangkan makanan yang mengandungi gula yang tinggi, terutama makanan ringan.
  • Bakar, rebus, stim makanan adalah lebih baik dari menggoreng.
  • Hiris daging lebih nipis dan buang bahagian lemaknya.
  • Jadikan buah-buahan sebagai snek.
  • Gunakan rempah-ratus semasa memasak dan kurangkan penggunaan sos.
  • Usah jadikan makanan sebagai ‘reward’ sebaliknya jadikanlah aktiviti lain seperti menghadiahkan diri sendiri alatan senaman, pakaian, buku, percutian dan sebagainya selain makanan.
  • Jadikan tabiat setiap hari untuk bersenam selama 60 minit seminggu atau 10,000 langkah jalan kaki sehari.
  • Menurunkan berat badan, walau produk apa yang anda ambil, harus selari dengan kemahuan diri, dan kerjasama dari diri sendiri dalam menurunkan berat, bukan bergantung kepada supplement:
  • Mengamalkan aktiviti fizikal.
  • Mengurangkan kalori dalam makanan sekurang-kurangnya 500 cal sehari (adakan diari makanan untuk mencatat kalori).
  • Dapatkan sokongan dari rakan-rakan untuk menurunkan berat badan.
  • Fokuslah kepada kesihatan, bukan kecantikan semata-mata. Kecantikan itu harus berasal dari tubuh yang sihat.



kredit to mommy lynn (vitamin semulajadi)