Pages

Sunday 14 July 2013

KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL SUPPLEMENT?

Kita ni perlu ambik supplement sebab pertama adalah kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar.
Baru-baru ni kita diserang jerebu akibat pembakaran terbuka oleh negara jiran kita iaitu Indonesia.
Sehinggakan terdapat beberapa kawasan disenaraikan sebagai kawasan DARURAT.

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. 

Indeks Pencemaran Udara
Nilai IPU ---- Kualiti udara
0 - 50 ---- Baik
51 - 100 ---- Sederhana
101 - 200 ---- Tidak sihat
201 - 300 ---- Sangat tidak sihat
301 - 400 ---- Berbahaya
401 - 500 ---- Sangat berbahaya
Lebih 501 ---- Darurat

Antara simptom-simptom yang berlaku.
  1. Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  2. Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  3. Iritasi di mata serta mata yang merah
  4. Kulit terasa gatal
Tip Jika Berlaku Jerebu:
  1. Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  2. Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  3. Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  4. Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  5. Selalu minum air
  6. Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan.